NURUL RAIHANA NAJWA BINTI MOHAMAD RIZUADEN
(D290191089500)



Apakah ciri-ciri yang sesuai dalam bilik darjah untuk dijadikan tempat pembelajaran?





1. Susunan fizikal bilik darjah

Meja guru dan murid haruslah disusun secara kemas dan sesuai dengan keadaan kelas tersendiri sama ada membentuk kumpulan ataupun secara berpasangan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.



2. Saiz bilik darjah

Saiz bilik darjah haruslah bertepatan dengan bilangan pelajar di dalam kelas. Jika kelas tersebut mempunyai bilangan pelajar yang ramai, maka secara tidak langsung, kelas itu perlu besar. Hal ini demikian kerana, jika mempunyai ruang yang terhad buat pelajar, sesi pembelajaran akan terganggu secara tidak langsung. Malah, jika saiz suatu bilik darjah itu besar ia akan memberi keselesaan kepada para pelajar untuk bergerak dan mereka dapat melakukan aktiviti pembelajaran dengan mudah.








3. Kemudahan bilik darjah


Antara kemudahan yang harus disediakan oleh pihak sekolah adalah kipas, meja,kerusi, lampu, papan hitam,tingkap, dan sebagainya. Kemudahan-keudahan ini haruslah disediakan oleh pihak sekolah terlebih dahulu supaya pelajar yang menggunakan kelas ini semasa sesi pembelajaran mereka akan berasa lebih selesa. Malah, jika setiap kemudahan ini disediakan degan sempurna sudah pasti pelajar akan berasa lebih semangat untuk elajar jika dibandingkan segala kemudahan ini dalam keadaan serba kekurangan.






RUJUKAN

Ciri-ciri Bilik Darjah yang Kondusif(13 Mac 2013) Arkitekbangsa92. Retrieved from https://arkitekbangsa92.blogspot.com/2013/03/ciri-ciri-bilik-darjah-yang-kondusif.html

Jenis-jenis dan ciri-ciri bilik darjah (30 April 2016) Dr. Hj. Zulkeflee Bin Hj. Yaacob. Retrieved from https://fatiah14.blogspot.com/2016/04/jenis-jenis-dan-ciri-ciri-bilik-darjah.html


Comments